Friday, July 3, 2009

aPa iTu ciNtA

Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata2 cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya?...

Sifat Cinta:
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan: Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan. Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih..


Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawabkan kerana cinta..grande">Cinta Itu Indah

Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.

Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.

Thursday, July 2, 2009

~Cinta Kau Dan Aku~


Cinta Kau & Aku karya Siti Rosmizah ni actually 1st novel yg aku beli bukan Alaf 21 pya terbitan. novel ni terbitan Buku Prima.. tah npe tah tetiba nk try novel ni lak...

Overall cite ni bg aku menarik sbb ada sumer elemen kt dalam ni lah...ada part kelakar..sedih..geram..marah.. kita leh blaja sal friendship la kat dlm ni. Yang mna kwn yg sentiasa menyokong dr belakang even dlm kesusahan kwn baik still sanggup bersusah ngan kita gak..

Novel ni ngisahkan sal sorg girl 18 taun dari kampung yg ada impian nk jadi driver..(kelainan novel ni lah). paham2 je lah klu dh ni pya impian cam na karakter dia..of course la lasak. Then 1 day impian dia jd kenyataan..dia jd driver kt sorg CEO ahli korporat ternama yg still bujang berumur 34 tahun.

citer ni starting dia agak lawak gak ar sal girl ni, Farisya suka sakat org..bos dia Farish Hakimi dah jatuh cinta pandang pertama kt dia masa 1st time jpa wak2 si Farisya ni p interview driver job. then dorang ni kawen sal mak Frisha ni nk dia kawen ngan bos dia..3 bulan knl dh kawen..syok la si farish 2..

Aku suka si Farish ni sal dia mmg caring habes la...tp dia ni hot temper..aku sedih sgt part dia ceraikan si farisya sbb fitnah adik dia sendiri..ambik anak orang beradat dh x mau tinggalkan cam 2 je...cerai pun pkai nota jer..then trus blah UK n x bg chance kt wife dia nk wat explaination.. siap hina wife dia lg..

Nasibla Farisha still ada kengkawan baik yg bg semangat kt dia..dh la hilang laki..dia kehilangan anak dlm kandungan pada hari yg sama..kesian kt dia..dia keluar dr umah 2 dgn tinggalkan suer brg2 yg laki dia kasi tasuk cincin, gelang n baju..dia bwk brg2 dia aja..

Dh nk mula idup bru ngan org yg btul2 syngkan dia bekas laki dia ni muncul balik.. masa dia dh cuba untuk tutup rapat hatinya utk bekas laki dia n terima org lain.. hurm mmg tabah betul si farisya ni hadapi fitnah2 org..


Hanya dirimu yang bisa membawa syurga dalam hatiku...tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta..