Thursday, June 18, 2009

Jom Kita Try...

Tag dr Quiyah...jiran sebelah aku..

Guna Google Image untuk mencari jawapan untuk soalan dibawah. Kemudian, guna imej yang muncul di halaman pertama dan post imej tersebut sbg jawapan...


1. umur untuk ulang tahun akan datang


ni lah umo aku pada 28 september 2009 nti..

2. tempat yang dikunjungi untuk melancong @ honeymoon

apsal tah aku ni teringin sgt nk p Australia....nk jumpa Mr Kangaroo kot..

3. tempat kegemaran

Mne ek tempat yg aku suka...hurmm...tah la aku pn x tau kat mna aku suka p..


4. makanan kegemaran


2 mende ni lah favourite food aku..soto ayam & laksam..syedapnyew..

5. minuman kegemaran



ice blended vanilla & Lai Chee Kang..

5. nama samaran



Ni lah nama aku kt UiTM Kedah ni..wak2 zaman skolah dlu ada kwn2 pgl aku haniey, nieja..yang pgl aku honey star pn ada..sampai hati..
6. warna kegemaran



My favourite colour..blue & purple..

7. bandar menetap sekarang



pic sblh kiri 2 pic pekan Jitra lama...ha..yg sblh kanan ni plak..seberang jalan sblh sana( x nampak dlm pic) umah aku..hehe promote.. masa aku dok tgh menggoogle cr pic tetiba jumpa pic ni..hehe

8. bandar kelahiran



aku dilahirkan di Alor Star...

9. bidang pengajian




Doing accounting at UiTM Kedah..

10. kelakuan buruk



ni lah kelakuan buruk aku...suka bersendiri & wat hal sendiri...x kira la kt kampus @ kat umah... aku ni ssh nk bcampur ngan org..

11. hobi



ni la kj aku bla dh x de kj nk wat...aku carik novel sambil layan lagu..dh abeh novel aku tgk dvd lah...heheh


12. wishlist


pas tgk phone nie..aku trus tertarik ...


dh cyap pn mende nie....

kepada sesiapa yg trasa nk try wat mende ni silakanlah...




Baby & Me ~ when a senior high school student be a daddy~

Han Joon-Soo, 18 years old senior high school student seorang pelajar yg bermasalah. Dia terlibat dlm kumpulan gangster. Sebab frust ngan perangai dia lah parents dia decide kuar dr umah 2 n tinggalkan dia sorg2 ngan duit ckit. Credit card dia pun parents dia block jgak...huhu cyan nyewr.... Dia pun apa lagi nk wat party la sbb x der org kt umah..Masa ngah shopping brg utk party 2 la ada org g letakkan baby 2 dlm troli dia. Cyap ada note utk dia ag..Terkejut habes dia..

Kelakar jugak la masa part dia nk g buang baby 2.Baby 2 nama Han Woo-Rahm.Tp sedey masa dia kna expel dr skol sbb bawak baby g skolah. Dah la x de duit kna buang skolah lak 2..Aku touching gak ar masa dia kna kja sbb dh x de duit sambil dukung baby ag.Bukan setakat hero yang baby face 2 je nangis..skali aku turut mngalirkan air mata..

Part yang touching habes 2 bla dia serah balik baby 2 kt bapak dia yg asal..meleleh-leleh air mata aku..Ye lah..dia dh syg abes kt baby 2 x pasal2 kna bg balik dia pun dh jadi daddy mithali. perghh..layan abes la cta neh..

Cni aku bg ckit pic2 yg berkaitan ngan cita neh...



ni lah poster utk cte neh.. Daddy & Baby yang cute

Daddy mithali...baby x mo susu formula..dia nak breast milk..cyannyer

Bawak baby g skol naik superbike


Daddy yang cute..







Han Woo-Rahm yg comell..

Tuesday, June 16, 2009

Love Me Not.... ~The moment when two people desperately long for one another, the moment when love cannot possess but subsists~



Ari tu masa aku meronda kt dlm YouTube aku tjumpa cita neh & trasa nk download..Akhirnya aku bjaya jugak habiskan tgk cita korea neh....touching habess.... Cita neh sbenarnya dh lama dh... Taun 2006 cita neh kuar..aku jew yg br nk tgk..

Movie ni dibintangi oleh Moon Geun-Young dan Kim Joo-Hyeok yang mengisahkan seorang playboy, Julian yg br kuar penjara n kena bayar hutang 2.87 billion won (byk glerr) Klu dia x byr dia kena bunuh n organ dia dijual..Dia pun menyamar jd Ryu Jin anak org kaya yg mewarisi harta berbillion won n stay 1 umah ngan Ryu Min "adik dia" yg buta...

As usual klu dh stay 1 umah n spend time together everyday of course la 1 perasaan lain plak yg wujud iaitu CINTA... hati dia mula cair masa follow Min yg nk blikan dia pya birthday present..cincin ( cantik cincin 2) tp rupenyer bkn dia sorg ja yg nk bolot harta budak Min 2...ramai lg tmasuk pembantu umah, lawyer n tunang dia..

Tapi aku salute la kt Min ni sal even dia buta dia berani kuar naik train sorang-sorang sbb nak blikan bufday present for her fake brother. Sebab dia pya berani jgak la menyebabkan dia kna kacau...nasib abg dia sempat sampai...nama pun hero mestilah sempat pya..

Ending cta ni mmg suspen lar...aku ingat si Julian 2 dh mati rupanya idup lagi...dan si Min 2 pn dh boleh melihat balik...hehe apa lg cinta bersambung lar...

*** A Man Blinded By Love, A Girl Awakened By Love...***

Monday, June 15, 2009

DI DALAM SEPI ITU....

mode: jiwang..hehe
*buat pertama kali aku berani publish nukilan sendiri...

Di dalam sepi itu

terasing diri berseorangan
tiada siapa yang menemani
tiada siapa yg ambil tahu..

kesepian itu
telah mengundang kristal-kristal jernih mataku untuk menitis
mentafsir,menekur dan merenung mencari kesilapan diri
yang aku sendiri tak dapat tafsirkan

aku terimbau kenangan masa lalu
di waktu bergelar kanak-kanak yang belum matang
kenapa kini semuanya harus berubah
membiarkan diri aku terasing sepi bersendirian

mengalir lagi air mataku
terkenang secebis hati yang kosong
lama aku menangis sendiri
tiada walau sepatah kata dapat menggambarkan rasa hatiku

aku tersenyum bukan bermakna aku gembira
ketawaku tersimpan seribu duka disebaliknya
mengaburi pandangan semua orang
hanya aku tuhan dan diri aku yang tahu apa yg aku rasa..

harapan aku kini
bilakah kesepian ini dapat lupus dari hati aku
agar bisa aku simpan air mata ini
untuk sesuatu yang lebih bermakna kelak...


aT NiGht...

ERTI PERSAHABATAN....

khas buat sahabat2 sekalian...

Erti persahabatan tak pernah lupus,meskipun nilai-nilainya pudar dibawa arus masa.. Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang dan mungkin lebih sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia...

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita … Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti…. kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, ‘memaksa’dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya???

Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa….tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang- kadang terlupa kawan kita juga ada cerita dan rasa hati yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Bolehkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah seorang kawan yang mendengar bukan hanya yang bercerita. Pinjamkan dia bahu kita untuk menangis dan telinga kita untuk dengar luahannya. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia;dia juga ada rasa takut, ada rasa…bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan, disebalik keceriaanya terlindung satu perasaan lain yang kita tidak tahu……. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,mungkin kita akan tahu...mungkin kita dapat berkongsi rasa... Renungilah......apa yang terlukis di wajah tak seperti apa yang terlukis di hati....