Wednesday, December 7, 2011

Rindu pada dia yang jauh...

Entry ni aku dedicate khas 'tuk my lovely bestfriend Cik Hikari Ainori

rindunya aku pada dia... pertemuan di UiTM Kedah telah membuahkan ukhwah yg terjalin hingga kini biarpun berjauhan... Dah hampir 3 tahun tak bertemu dgn dia...

Kadang2 terimbau saat-saat indah kami... berkongsi cerita, berkongsi, suka, duka, gelak & ketawa... maybe nama dia dgn aku hampir sama yg buatkan kami serasi... Ya Allah..aku bersyukur kerana Kau hadiahkan aku sahabat yang ikhlas hatinya...

Mengimbau kembali detik-detik tu buatkan kadang-kadang aku tertawa dan menangis sendiri.. Cik H.A... ingat lagi x pagi2 hari kita dah kluar g CS sbb nak mkn pizza.. ciap bole tunggu Pizza Hut bukak lg..hehe... curi2 g outing sbb x nak ur housemate tau...

The most unforgettable moments... bila tgk ur expression yg sangat teruja dan seronok dapat tengok sawah..pagi2 hari dah ajak aku jln2 tgk sawah... siap mintak izin nak turun sawah lg...hehe... happy sgt ko time tu eh... ah...y i'm cryin rite now???...

Cik H.A ingat x dulu kita suka tgk muvi samer2... suka dgr lagu yg sama..lagu yg jiwang2... pastu dengar lagu smpai nanges...hehe..pas 2 kita suka blakon depan ur housemate...klakar kan time tuh...sayangnya gambar kenangan kita x banyak.. Cik.H.A aku simpan semua kenangan kita dlm ingatan aku...

Cik H.A aku rindu ko sangat2 tau... rindukan gelak kau yg kuat tu... rindukan kau yg datang bilik aku nanges2... kau baik sangat2..sampai kadang2 kau biarkan org lain pijak kau... sedih aku rasa time tu.. walaupun jauh kita masih kongsi cerita kita kan... thanks a lot for stay by my side in whatever condition...

Ya Allah... kau peliharalah ukhwah yang terjalin antara kami... sesungguhnya dia sahabat aku yg terbaik... :)




Monday, December 5, 2011

~ Rahsia September ~


Ni adalah rahsia bulan kelahiran hasil kajian oleh Dato' Dr. Fadzilah Kamsah...
aku post utk September je la sbb aku lahir di bulan September...hehe..

nak try check tgk lar kene tak kajian ni dgn diri aku... (^ ^)V


SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* Seorang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik


ahaks..... nampaknya banyak juga la yg kena dgn diri aku....sensitif, suka pendam perasaan, suka kritik org lain, banyak simpan rahsia org, sentimental...hehehe...

Tapi... bab bersistematik, sopan santun, cermat n teliti tu rasanya tak bpe nak kne dgn aku lar... ;)