Sunday, January 1, 2012

Awak Suka Saya Tak? ~ Kisah Kasih Sayang



Novel 'Awak Suka Saya Tak?' hasil nukilan Melur Jelita pada aku adalah novel yang terbaik bg tahun 2011... garapan dan adunan yang sempurna... kis
ah percintaan antara Puteri Intan Zulaikha dan Muhammad Hilman Yong yg cuba dijalinkan mengikut batas-batas agama.

Hidup ni penuh dengan cabaran, cubaan, dan dugaan... sehebat mana pun apa yg kita rencanakan tetap tak mampu utk melawan apa yg dah direncanakan oleh Allah buat kita..

Hebatnya dugaan org yang bercinta ni... percintaan watak utama dlm novel ni penuh dengan dugaan.. Puteri Intan Zulaikha seorang yang sangat ego dan x kan tunduk dengan lelaki gara2
dipermainkan oleh sahabat baik di universiti. Dia sukar menerima cinta Hilman Yong seorang mualaf yg sekian lama menyimpan perasaan padanya..

Manusia yang diciptakan Tuhan tiada yang sempurna...

Puteri Intan Zulaikha yang ego~ selalu buat keputusan melulu tanpa dapatkan sebarang kepastian.. dia kehilangan tunangannya 3 hari sebelum hari nikah kerana dirinya yang ego &
lidahnya yang tajam berkata-kata.. Dia seorang wanita yang boleh jadi kuat dan lemah dengan
tiba2 kerana org yang disayanginya..

Muhammad Hilman Yong~ seorang manusia yang sangat tenang... Seorang mualaf yang tak pernah cuai melaksanakan setiap perintah agama. terlalu menjaga batas pergaulannya dengan Puteri Intan Zulaikha, melindungi dan sentiasa memaafkan wanita kesayanganya walaupun apa yang dilakukan oleh Intan Zulaikha sukar untuk dimaafkan... Semuanya sanggup dilakukan demi insan tersayang.. Dia memiliki sifat cemburu yang terlalu tinggi.. ingin menguasai Intan Zulaikha pada setiapp masa... Setenang-tenang manusia tetap boleh berkocak..

Melalui novel ni.. aku nampak cinta itu sangat indah sekiranya dijalinkan mengikut batas2 dan syarat2 di sisi agama..sentiasa menjaga batas pergaulan. Jangan terlalu membenci sesuatu sebab
Tuhan boleh balikkan hati kita pada bila2 sahaja yg Dia nak.. Lidah manusia sangat tajam..sebab
lidah yang tajam berkata-kata boleh membunuh hati manusia lain...


Dengan Kasih Sayang Allah Tiada Yang Mustahil






* photo from: melurjelita.com

Wednesday, December 7, 2011

Rindu pada dia yang jauh...

Entry ni aku dedicate khas 'tuk my lovely bestfriend Cik Hikari Ainori

rindunya aku pada dia... pertemuan di UiTM Kedah telah membuahkan ukhwah yg terjalin hingga kini biarpun berjauhan... Dah hampir 3 tahun tak bertemu dgn dia...

Kadang2 terimbau saat-saat indah kami... berkongsi cerita, berkongsi, suka, duka, gelak & ketawa... maybe nama dia dgn aku hampir sama yg buatkan kami serasi... Ya Allah..aku bersyukur kerana Kau hadiahkan aku sahabat yang ikhlas hatinya...

Mengimbau kembali detik-detik tu buatkan kadang-kadang aku tertawa dan menangis sendiri.. Cik H.A... ingat lagi x pagi2 hari kita dah kluar g CS sbb nak mkn pizza.. ciap bole tunggu Pizza Hut bukak lg..hehe... curi2 g outing sbb x nak ur housemate tau...

The most unforgettable moments... bila tgk ur expression yg sangat teruja dan seronok dapat tengok sawah..pagi2 hari dah ajak aku jln2 tgk sawah... siap mintak izin nak turun sawah lg...hehe... happy sgt ko time tu eh... ah...y i'm cryin rite now???...

Cik H.A ingat x dulu kita suka tgk muvi samer2... suka dgr lagu yg sama..lagu yg jiwang2... pastu dengar lagu smpai nanges...hehe..pas 2 kita suka blakon depan ur housemate...klakar kan time tuh...sayangnya gambar kenangan kita x banyak.. Cik.H.A aku simpan semua kenangan kita dlm ingatan aku...

Cik H.A aku rindu ko sangat2 tau... rindukan gelak kau yg kuat tu... rindukan kau yg datang bilik aku nanges2... kau baik sangat2..sampai kadang2 kau biarkan org lain pijak kau... sedih aku rasa time tu.. walaupun jauh kita masih kongsi cerita kita kan... thanks a lot for stay by my side in whatever condition...

Ya Allah... kau peliharalah ukhwah yang terjalin antara kami... sesungguhnya dia sahabat aku yg terbaik... :)




Monday, December 5, 2011

~ Rahsia September ~


Ni adalah rahsia bulan kelahiran hasil kajian oleh Dato' Dr. Fadzilah Kamsah...
aku post utk September je la sbb aku lahir di bulan September...hehe..

nak try check tgk lar kene tak kajian ni dgn diri aku... (^ ^)V


SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* Seorang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik


ahaks..... nampaknya banyak juga la yg kena dgn diri aku....sensitif, suka pendam perasaan, suka kritik org lain, banyak simpan rahsia org, sentimental...hehehe...

Tapi... bab bersistematik, sopan santun, cermat n teliti tu rasanya tak bpe nak kne dgn aku lar... ;)





Thursday, November 10, 2011

REVIEW NOVEL; USAI...AKU TERIMA NIKAHNYA

Usai...Aku Terima Nikahnya...pada aku novel ni sangat menarik..jalan cerita yang x terlalu berat.. Cerita mengenai kisah kahwin paksa demi harta. Puteri Nur Aina.. yatim piatu yang dipaksa kahwin oleh ibu saudara dgn anaknya sendiri demi bolot harta pusaka.

Hidupnya yang sengsara dari saat kematian datuknya buat Puteri terima pernikahan ini. Sebab pada dia..inilah saatnya utk dia melarikan diri dari org yang bencikan dia..

Detik bahagia mula menyelubungi rumah tangga Puteri & Iskandar Hafiz, dia ditinggalkan oleh suaminya yang cuba melarikan diri dari masalah yg ditimbulkan oleh ibu & bekas kekasihnya.. tiada kata putus yg diberi..Puteri ditinggalkan gantung tak bertali..

Saat Iskandar sudah hilang dr hati Puteri..dia kembali utk menagih kasih & kemaafan atas kebodohan dia dgn meninggalkan puteri. Tapi pada Puteri, Iskandar dh jadi sejarah dlm hidupnya...


******
kadang-kadang aku terfikir..knapa manusia terlalu menurut kata hati, kenapa mesti percaya sesuatu benda dr org luar, kenapa buat keputusan melulu yg akhirnya memakan diri.. dan yang paling penting kenapa manusia ni EGO???? Ego manusia akhirnya memakan diri sndiri.. menyesal dh tak guna..

Manusia zaman sekarang tamakkan harta. Sanggup buat apa shj demi dapatkan harta.. dengki..khianat..busuk hati.. demi harta..saudara boleh jadi musuh.. org yg baik pn boleh jd jahat..


Friday, October 14, 2011

Kenapa ALLAH Temukan Kita Dengan Orang yang Salah??

Assalamualaikum....

(quote from internet)

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja… tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


p/s- kalau insan 2 tinggalkan kita, kt boleh klasifikasikan sbg kt bertemu dgn org yg salah.. tp kalau dia nak kembali kpd kta, mcm mana plak 2? boleh tukar status dr org yg salah kpd org yg betul ke??



Saturday, October 8, 2011

Novels Marathon...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah aku berjaya habiskan 7 buah novel dlm masa 2 minggu..hehe...walaupn sempat baca waktu mlm shj... novel yg dipinjamkan oleh kwn aku...thanx ya my fren..

Kadang-kadang aku terfikir, wujud ke kisah mcm dlm novel 2? adakah dlm dunia reliti berlaku perkara seperti itu... setiap kali baca novel hati aku mesti tersentuh..mesti aku menangis.. Seolah2 watak dlm novel 2 adalah aku...Ya! aku mmg soerg yg sensitif... tp ada jg aku terfikir kenapa watak dlm novel ni perfect sgt...

Baca novel boleh buat aku lupa pd org sekeliling, lupa pd masalah.... org yg baca novel ni jiwang ke? entah la aku pn x pasti..tp yg aku pasti hati aku ni jiwang... tp x semua kwn2 aku tau yg aku ni jiwang..terlalu byk benda yg aku pendamkan...

*M.A.I.D, Kuseru Rindu Itu, 7 Hari Mencintaiku, Bisik-bisik Gelora, Bukan Ku Tak Sudi, Lafazkan Kalimah Cintamu, Andai Itu Takdirnya*

berjaya jg aku habiskan kalian ya...


******
Quote from Kuseru Rindu Itu : Cinta ini mungkin tidak layak untuk mengintai ruang di hatimu, sayang ini jg mungkin tidak pantas untuk bersemi di lembah rasamu...



Thursday, October 6, 2011

Melepas Kerinduan...

Assalamualaikum....


Dah lebih dr setahun aku x menjengah ke blog nie....smpai boleh terlupa password blog sendiri.. sibuk ke? tah aku pn x pasti apa yg aku sibukkan.... rindu untuk berblogging membuak2..

Dlm masa setahun ni mcm2 perkara terjadi dlm hidup aku... ada suka, duka, sedih, pedih.. tp aku hanya mampu berkongsi suka dgn kawan2 terdekat... kenapa ye? sbb pada dorg aku bukan 'geng' dorg..so wat pa nak amik kisah dgn aku..segalanya aku pendam sendiri..aku menangis sendiri..

Alhamdulillah..dlm masa setahun lebih ni jg aku dpt rasa apa itu cinta, sayang... & dlm waktu yg sama aku jg kenal apa itu kecewa, sedih, ditinggalkan... nak diluahkan, tp pada siapa??? aku pendam semuanya..tp smpai bila..

Macam2 perkara yg aku lalui selama ini... mulut aku ketawa tp hati aku menangis...hal dgn kwn2 serumah yg selfish & x reti nk berdikari..akibatnya aku terpaksa hipokrit dgn diri sendiri...i hate this!! smpai bila aku kena tahan semua ni???? kenapa aku x diberi kekuatan utk menegakkan hak aku? aku terlalu menjaga hati org lain sampai aku melapah hati sendiri... tabah lah duhai hati...

Skrg aku enjoy praktikal training aku... even stress di rumah..at least aku dpt jumpa org lain & yg penting aku x perlu hipokrit..just be myself... thanks God...


You Just Dont Know
New Graphics





Sunday, April 11, 2010

Bla..Bla..Bla...masalah & kerumitan di arau..

Assalamualaikum....

Setelah sekian lama akhirnya baru kini aku terpanggil untuk post something kat blog aku ni....

aku kini bukan student UiTM Merbok lagi but now i'm UiTM Arau students... Namun Merbok tetap di hati...suka duka segala yang tersurat dan tersirat x kan aku lupakan...

Aku dah semakin dpt menyesuaikan diri ngn keadaan di sini eventhough ada some of merbok student still dok compare arau n merbok....setiap tempat lain environmentnya right???

baru x sampai 1 sem kat cni dh mcm2 cerita n kerumitan yang timbul disebalik rasa x puas hati.....perlu ke ada perpecahan mengikut kampus diploma????? aku pun x tau nk sebelah pihak mana....hisyhh x paham aku....dok ungkit bnda2 yg lepas wat apa...

untuk dinner pn dh ada timbul isu x xpuas ati...sume pihak nk menang.. x paham aku... sume dh ada tugas msg2 dok sibuk nk kacau kja org wat apa...pas 2 nk mrh2 org yg x bslh..mntang2 la dak merbok ramai x payah la nk wat otai kt tmpat org... sebab nila setitik rosak susu sebelanga....

renung2 kan.....

Tuesday, November 17, 2009

2012; who will survive...

2012 MUSIC VIDEO



Adam Lambert - Time For Miracles




It’s late at night and I can’t sleep
Missing you just runs too deep
Oh I can’t breathe thinking of your smile
Every kiss I can’t forget
This aching heart ain’t broken yet
Oh God I wish I could make you see
Cuz I know this flame isn’t dying
So nothing can stop me from trying
Baby you know that
Maybe it’s time for miracles
Cuz I ain’t giving up on love
You know that
Maybe it’s time for miracles
Cuz I ain’t giving up on love
No I ain’t giving up on us
I just want to be with you
Cuz living is so hard to do
When all I know is trapped inside your eyes
The future I cannot forget
This aching heart ain’t broken yet
Oh God I wish I could make you see
Cuz I know this flame isn’t dying
So nothing can stop me from trying
Baby you know that
Maybe it’s time for miracles
Cuz I ain’t giving up on love
You know that
Maybe it’s time for miracles
Cuz I ain’t giving up on love
No I ain’t giving up on us
Baby can you feel it (feel it)
You know I can hear it (hear it)
So can you feel it feel it
You know it’s time
Baby you know that
Maybe it’s time for miracles
Cuz I ain’t giving up on love
You know that
Maybe it’s time for miracles
Cuz I ain’t giving up on love
You know I ain’t giving up on us
You know I ain’t giving up on
Oh I ain’t giving up on us

Sunday, November 15, 2009

JaUh KaU pErGi (hANyA tInGGaL KeNaNgAn)

Pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin kulupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh bintangku

jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
kini kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh kekasih

jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
kini kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh kekasih

pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin kulupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh bintangku

jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
kini kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu

************
perghh syhdu abeh layan lgu saleem ni.... 1st time aku dgr kt suria fm..lbey krg smgu lepas, trus aku syok kt lagu neh....