Sunday, January 1, 2012

Awak Suka Saya Tak? ~ Kisah Kasih Sayang



Novel 'Awak Suka Saya Tak?' hasil nukilan Melur Jelita pada aku adalah novel yang terbaik bg tahun 2011... garapan dan adunan yang sempurna... kis
ah percintaan antara Puteri Intan Zulaikha dan Muhammad Hilman Yong yg cuba dijalinkan mengikut batas-batas agama.

Hidup ni penuh dengan cabaran, cubaan, dan dugaan... sehebat mana pun apa yg kita rencanakan tetap tak mampu utk melawan apa yg dah direncanakan oleh Allah buat kita..

Hebatnya dugaan org yang bercinta ni... percintaan watak utama dlm novel ni penuh dengan dugaan.. Puteri Intan Zulaikha seorang yang sangat ego dan x kan tunduk dengan lelaki gara2
dipermainkan oleh sahabat baik di universiti. Dia sukar menerima cinta Hilman Yong seorang mualaf yg sekian lama menyimpan perasaan padanya..

Manusia yang diciptakan Tuhan tiada yang sempurna...

Puteri Intan Zulaikha yang ego~ selalu buat keputusan melulu tanpa dapatkan sebarang kepastian.. dia kehilangan tunangannya 3 hari sebelum hari nikah kerana dirinya yang ego &
lidahnya yang tajam berkata-kata.. Dia seorang wanita yang boleh jadi kuat dan lemah dengan
tiba2 kerana org yang disayanginya..

Muhammad Hilman Yong~ seorang manusia yang sangat tenang... Seorang mualaf yang tak pernah cuai melaksanakan setiap perintah agama. terlalu menjaga batas pergaulannya dengan Puteri Intan Zulaikha, melindungi dan sentiasa memaafkan wanita kesayanganya walaupun apa yang dilakukan oleh Intan Zulaikha sukar untuk dimaafkan... Semuanya sanggup dilakukan demi insan tersayang.. Dia memiliki sifat cemburu yang terlalu tinggi.. ingin menguasai Intan Zulaikha pada setiapp masa... Setenang-tenang manusia tetap boleh berkocak..

Melalui novel ni.. aku nampak cinta itu sangat indah sekiranya dijalinkan mengikut batas2 dan syarat2 di sisi agama..sentiasa menjaga batas pergaulan. Jangan terlalu membenci sesuatu sebab
Tuhan boleh balikkan hati kita pada bila2 sahaja yg Dia nak.. Lidah manusia sangat tajam..sebab
lidah yang tajam berkata-kata boleh membunuh hati manusia lain...


Dengan Kasih Sayang Allah Tiada Yang Mustahil






* photo from: melurjelita.com